"Google Ads or Facebook Ads?" — almost every business owner asks me this before their first campaign. And now, many add a third: "What about TikTok?"
After 10+ years running Google Ads campaigns for healthcare clinics, gold investment dealers, and corporate training providers across Malaysia, my answer is always the same: it depends on where your customer is in their buying journey. Google Ads captures demand that already exists. Facebook Ads creates awareness at scale. TikTok Ads generates discovery through entertainment — particularly powerful for visual, impulse-driven, and Gen Z-facing products.
The platform choice isn't about which is cheapest — it's about which matches your customer's intent at the right moment. Google Ads data below is from real accounts I manage; Facebook and TikTok benchmarks from WordStream, AdAmigo, and TikTok for Business SEA 2025–2026 industry data, adjusted for Malaysia.
Google Ads vs Facebook Ads vs TikTok Ads — tiga platform iklan digital utama di Malaysia. Perbezaan teras: Google Ads menangkap niat pembeli yang sudah ada (pull marketing), Facebook Ads mencipta kesedaran secara meluas kepada bakal pelanggan (push marketing), dan TikTok Ads menjana penemuan organik melalui hiburan — kuasa terbesar untuk produk visual dan jenama baharu (discovery marketing). Pilihan yang betul bergantung pada industri, tahap kesedaran pelanggan, dan matlamat kempen — bukan semata-mata kos per klik.
1 Konsep Asas — Cara Setiap Platform Bekerja
Google Ads ialah platform pull marketing — iklan muncul apabila pengguna aktif menaip carian tertentu. Facebook Ads adalah push marketing — iklan menyampuk pengalaman pengguna berdasarkan profil demografi dan minat. TikTok Ads pula adalah discovery marketing — kandungan berbentuk hiburan yang algoritma sebarkan kepada pengguna yang paling berkemungkinan berminat, walaupun mereka tidak pernah mencari produk awak. Perbezaan teras ini menentukan platform mana yang sesuai untuk objektif bisnes anda.
Google Ads bekerja berdasarkan intent. Apabila seseorang menaip "klinik kulit Sungai Petani" atau "towing service Shah Alam" dalam enjin carian, mereka sudah mempunyai keperluan yang jelas. Iklan awak muncul tepat pada masa niat tersebut wujud — awak bukan mengganggu, awak menjawab.
Facebook Ads bekerja berdasarkan audiens. Platform ini membenarkan awak menyasarkan pengguna berdasarkan demografi, minat, tingkah laku, dan data retargeting — bukan berdasarkan apa yang mereka cari. Awak "menyampuk" pengalaman mereka untuk memperkenalkan jenama atau tawaran yang mungkin belum mereka tahu.
TikTok Ads bekerja berdasarkan algoritma penemuan. Berbeza dengan Facebook yang sasarkan berdasarkan profil, TikTok menggunakan gelagat tontonan — video apa yang ditonton, dilayari, dan dikongsi — untuk sebarkan iklan kepada audiens yang paling relevan. Kekuatannya: konten yang bagus boleh viral walaupun dengan budget rendah. Kelemahan: pengguna tidak dalam mod "nak beli", mereka dalam mod "nak hiburan".
| Ciri | Google Ads | Facebook Ads | TikTok Ads |
|---|---|---|---|
| Mekanisme | Pull — tangkap niat | Push — cipta kesedaran | Discovery — algoritma viral |
| Pencetus iklan | Pengguna taip keyword (aktif) | Pengguna scroll feed (pasif) | Algoritma rekemen video (pasif) |
| Tahap niat pembeli | Tinggi | Rendah–Sederhana | Rendah (impulsif bila nampak) |
| Format utama | Teks, Banner, Video (YouTube) | Imej, Video, Carousel, Reels | In-Feed Video, Spark Ads, TopView |
| Kekuatan utama | Conversion mudah & cepat | Jangkauan luas, kos rendah | CPC terendah, viral potential |
| Kelemahan | CPC paling tinggi | Niat rendah, perlu warm-up | Perlu konten video berkualiti |
| CPC Avg Malaysia | RM2.50 avg (Search) | RM0.50–RM2.00 avg | RM0.20–RM1.50 avg |
| Terbaik untuk sektor | Klinik, Guaman, Pelaburan, B2B | F&B, Beauty, Lifestyle, Event | Produk Viral, Beauty, F&B, Gen Z |
2 Perbandingan Kos — Data Malaysia & Asia Tenggara 2025–2026
Di Malaysia, purata CPC Google Search Ads adalah sekitar RM2.50 merentas semua sektor — tetapi angka ini boleh mencecah RM10 ke atas untuk keyword healthcare dan kewangan yang kompetitif. Facebook Ads Malaysia pula lebih murah, dengan julat umum RM0.50–RM2.00 per klik. Perbezaan besar: Malaysia kira-kira 70–75% lebih murah berbanding pasaran AS untuk kedua-dua platform — menjadikannya salah satu pasaran digital iklan yang paling bernilai di rantau ini.
Saya selalu dapat soalan ini — "Mana lagi murah, Google ke Facebook?" Jawapan jujur: Facebook Ads memang lebih murah per klik. Tapi itu bukan soalan yang betul untuk ditanya. Soalan yang lebih penting: klik mana yang lebih dekat dengan keputusan beli? Google Search tangkap orang yang dah nak beli. Facebook tangkap orang yang mungkin berminat. Dua benda berbeza, dua tujuan berbeza.
Satu benda ramai orang tak sedar: Google Display Network (GDN) — bukan Google Search — sebenarnya boleh lebih murah dari Facebook. CPC GDN boleh serendah RM0.10–RM0.40. Yang mahal hanya Google Search sahaja, kerana itu sistem lelongan keyword terbuka di mana semua pengiklan rebut kedudukan yang sama.
Tentang data di bawah: Angka Google Ads Search adalah anggaran berdasarkan akaun klien yang saya uruskan di Malaysia (2024–2026), disokong oleh data Specflux.com 2026 dan Zumaxdigital 2026. Angka Facebook Ads bersumber dari iffahishak.com 2025, rebrand.com.my, WordStream 2025, dan AdAmigo Meta Benchmarks 2026 — disesuaikan untuk pasaran Malaysia. Semua angka adalah ANGGARAN. Kos sebenar berbeza mengikut Quality Score, saingan semasa, bidding strategy, dan musim.
Kenapa Google Search lebih mahal? Sistem lelongan keyword. Setiap pengiklan tahu nilai klik tu — orang yang taip "klinik berdekatan saya" atau "emas pelaburan Islam" dah dekat dengan keputusan. Semua orang bid, harga naik. Ini bukan kelemahan, ini tanda platform bekerja dengan betul.
Kadar conversion — konteks penting: Google Search Ads avg conversion rate: 4.4% · Facebook Ads avg: 1.85% · TikTok Ads avg: ~1.5%. Untuk dapat 10 pelanggan: Google perlu ~227 klik, Facebook ~541 klik, TikTok ~667 klik. CPC TikTok memang paling rendah — tapi conversion rate juga lebih rendah. Kira kos per lead, bukan CPC semata-mata. Sumber: WordStream 2025, TikTok for Business 2025.
Perbandingan CPC Merentas Negara Asia Tenggara
Malaysia berada di posisi pertengahan dalam pasaran SEA — lebih murah dari Singapura, sedikit lebih mahal dari Indonesia dan Filipina. Data berikut adalah anggaran berdasarkan sumber industri terkini.
| Negara | Google Search Ads Avg CPC (Anggaran) |
Facebook Ads Avg CPC (Anggaran) |
Catatan Pasaran |
|---|---|---|---|
| 🇲🇾 Malaysia | RM2.50 avg (RM0.80–RM12) |
RM0.50–RM2.00 avg umum |
Pasaran sederhana; kos ~75% lebih rendah dari AS. Sesuai untuk SME dengan budget terhad. |
| 🇸🇬 Singapura | ~RM6.50–RM8.00 (avg $1.49) |
~RM8.00–RM12.00 (pasaran paling mahal SEA) |
Paling kompetitif di SEA. CPC tinggi kerana pasaran kecil tapi purchasing power tinggi. |
| 🇮🇩 Indonesia | ~RM1.30–RM2.00 (avg $0.32) |
~RM1.50–RM4.00 (pasaran besar, CPC rendah) |
Pasaran terbesar SEA. Volume tinggi, CPC rendah — ideal untuk jenama regional yang nak skala. |
| 🇹🇭 Thailand | ~RM2.00–RM3.50 (mirip Malaysia) |
~RM2.00–RM5.00 | Pasaran matang untuk wellness, beauty, dan pelancongan. CPC mirip Malaysia. |
| 🇵🇭 Filipina | ~RM1.00–RM2.00 (antara terendah SEA) |
~RM0.80–RM2.50 | CPC antara terendah di SEA. Sesuai untuk jenama yang nak jangkauan luas dengan budget rendah. |
Sumber Google: Specflux.com 2026, Statista APAC CPC by Country, AseanUp.com, Zumaxdigital 2026. Sumber Facebook: Lebesgue 2026, AdAmigo 2026, Enhencer 2024 (e-commerce benchmark). Semua angka anggaran — kos sebenar bergantung sektor, saingan, dan objektif kempen.
3 Bila Google Ads Adalah Pilihan Tepat
Google Ads paling berkesan apabila produk atau perkhidmatan anda sudah diketahui umum dan pengguna aktif mencarinya dalam enjin carian. Sektor klinik, perkhidmatan kecemasan, pelaburan emas, dan latihan korporat mendapat ROI terbaik kerana niat pengguna sudah matang sebelum mereka mengklik iklan.
Berdasarkan pengalaman saya menguruskan kempen Google Ads untuk pelbagai sektor di Malaysia, Google Ads adalah pilihan utama apabila:
Dari pengalaman saya: Untuk klinik yang saya uruskan, Google Ads Search secara konsisten menghasilkan temujanji berbanding kaedah iklan lain. Sebabnya mudah — orang yang klik iklan tersebut sedang aktif mencari klinik, bukan sekadar scroll telefon.
4 Bila Facebook Ads Lebih Masuk Akal
Facebook Ads adalah pilihan tepat apabila anda memperkenalkan produk baharu yang belum ada keyword search volume, atau apabila keputusan beli dibuat secara impulsif selepas melihat visual yang menarik. Sektor F&B, produk kecantikan, fesyen, dan event memberikan ROI terbaik di platform ini kerana pengguna tidak perlu cari — mereka cukup nampak dan terus berminat.
Facebook Ads (termasuk Instagram dan Audience Network) bukan platform yang lemah — ia hanya bekerja untuk tujuan yang berbeza. Pilih Facebook Ads apabila:
5 Bila TikTok Ads Adalah Pilihan Tepat
TikTok Ads adalah platform termuda dalam tiga-tiga ini, tapi pertumbuhannya di Malaysia luar biasa. Pada 2025, Malaysia adalah antara 10 negara teratas dari segi masa tontonan TikTok per kapita di Asia Tenggara. Platform ini beroperasi berdasarkan algoritma penemuan — bukan siapa yang awak sasarkan, tapi konten apa yang awak hasilkan. Produk yang sesuai boleh viral dengan budget yang sangat rendah.
Ramai yang tanya saya — "TikTok ni serius ke boleh buat iklan?" Serius. Tapi kena faham cara dia bekerja. TikTok bukan Google, bukan Facebook. Ia platform hiburan. Pengguna buka TikTok nak tengok video lawak, resepi, review produk — bukan nak cari vendor. Jadi pendekatan iklan pun kena berbeza: konten yang menghibur dulu, jual kemudian.
TikTok Ads tidak sesuai untuk: Perkhidmatan B2B (HR manager tak buka TikTok masa office hour), klinik dan hospital (kategori terhad, perlu kelulusan khas), pelaburan kewangan (regulasi ketat), atau mana-mana produk yang perlu penjelasan panjang sebelum keputusan dibuat. Untuk sektor ini, Google Ads tetap lebih berkesan.
6 Boleh Guna Ketiga-tiganya? — Strategi Gabungan
Menggunakan ketiga-tiga platform serentak adalah strategi yang paling berkesan untuk jenama yang dah bersedia — tapi bukan bermakna semua bisnes perlu guna ketiganya dari hari pertama. Caranya: TikTok untuk discovery (viral reach), Facebook untuk awareness dan retargeting, Google untuk conversion. TikTok spark interest, Facebook warm up, Google close the deal.
Ya — dan untuk banyak bisnes di Malaysia, kombinasi dua atau tiga platform adalah strategi yang paling berkesan. Bukan pilih satu, buang semua. Gunakan setiap platform mengikut kekuatannya dalam corong jualan.
TikTok spark interest → Facebook warm up → Google close the deal. Setiap ringgit dioptimumkan mengikut fungsi platform.
Budget split yang praktikal untuk bisnes baru (tanpa track record): Mulakan dengan 70% Google Ads (fokus conversion) + 30% Facebook Ads (awareness + retargeting). Bila jenama dah dikenali, boleh tambah TikTok untuk viral discovery dengan 10–20% dari total budget. Jangan split tiga-tiga dari awal — kuasai satu dulu.
Kesilapan biasa: Ramai bisnes cuba guna semua tiga platform serentak dengan budget kecil — hasilnya, semua tiga platform bekerja setengah-setengah dan tiada yang dapat data yang cukup untuk optimum. Mulakan dengan 1–2 platform, bina momentum, kemudian skala.
7 Cadangan Mengikut Sektor Bisnes Malaysia
Pilihan platform iklan berbeza mengikut industri. Sektor dengan niat carian tinggi — klinik, pelaburan, perkhidmatan kecemasan, latihan korporat — ROI terbaik di Google Ads. Sektor bergantung pada visual dan impulse — F&B, kecantikan, fesyen, lifestyle — berkesan di Facebook dan TikTok. Sektor lain paling baik dengan gabungan dua atau tiga platform.
Ini panduan berdasarkan pengalaman saya mengurus kempen Google Ads di pelbagai sektor Malaysia, digabungkan dengan corak data industri untuk Facebook dan TikTok. Bukan peraturan tetap — setiap bisnes ada keunikannya.
| Sektor | TikTok | Nota Strategi | ||
|---|---|---|---|---|
| 🏥 Klinik / Healthcare | ✓ Utama | Pelengkap | Terhad* | Niat tinggi — pesakit cari bila ada keperluan segera |
| ✨ Beauty & Estetik | ✓ Intent | ✓ Visual | ✓ Viral | Terbaik guna 3 platform — Google convert, FB+TikTok discover |
| 🍜 F&B / Restoran | Pilihan | ✓ Komuniti | ✓ Viral | TikTok + FB sangat berkesan — video makanan viral di Malaysia |
| 💰 Pelaburan Emas Islam | ✓ Utama | Pelengkap | Terhad* | High-intent search — pembeli buat research dulu sebelum contact |
| 🎓 Pendidikan / TVET | ✓ Convert | ✓ Awareness | ✓ Kursus | TikTok untuk kursus online, Google untuk pendaftaran program formal |
| 🤝 Latihan Korporat | ✓ Utama | Pilihan | Tidak Sesuai | B2B — HR cari vendor aktif di Google, bukan scroll TikTok |
| 👗 Produk Lifestyle / Fesyen | Pilihan | ✓ Visual | ✓ Utama | TikTok + Instagram terbaik — OOTD, styling haul, try-on viral |
| 🔧 SME Perkhidmatan Am | ✓ Utama | Pilihan | Tidak Sesuai | Local search intent tinggi — orang cari nombor tepon, bukan scroll |
| 🕌 Masjid / NGO / Wakaf | ✓ Derma | ✓ Komuniti | ✓ Dakwah | TikTok untuk konten dakwah & viral reach — komuniti muda Malaysia |
*Terhad = kategori sensitif di TikTok, perlu kelulusan akaun khas dari TikTok for Business. Proses kelulusan lebih ketat berbanding Google dan Facebook.
8 Platform Mana Terbaik untuk Jangka Masa Panjang?
Soalan ini lebih dalam dari sekadar memilih platform. Hakikatnya — ketiga-tiga platform berbayar ini akan berhenti menghasilkan hasil sebaik awak berhenti membayar. Tiada satu pun yang meninggalkan aset jangka panjang secara sendirinya. Strategi pemasaran jangka panjang yang betul bukan tentang platform mana yang terbaik — ia tentang bagaimana awak gunakan platform berbayar untuk bina sesuatu yang lebih kekal.
Saya selalu tegaskan kepada klien — "Iklan berbayar adalah pam air. Organik adalah telaga." Pam air bagi awak air dengan serta-merta, tapi kena terus pam. Telaga perlu masa untuk gali, tapi sekali siap, air datang sendiri. Strategi terbaik: guna pam untuk hidup, gali telaga untuk masa depan.
Perbandingan Nilai Jangka Panjang Setiap Platform
| Dimensi | Google Ads | Facebook Ads | TikTok Ads |
|---|---|---|---|
| Aset yang terbina | Conversion history, Quality Score, remarketing lists | Pixel data, custom audiences, lookalike models | Organic followers, konten viral yang kekal |
| Bila stop bayar | Lead berhenti serta-merta | Lead berhenti, tapi pixel data kekal | Konten organik terus dapat views |
| ROI jangka panjang | Paling konsisten & boleh ramal | Baik, tapi terkesan iOS privacy changes | Tinggi kalau ada strategi konten organik |
| Kematangan platform | Paling matang — 20+ tahun | Matang — 15+ tahun | Masih muda — algoritma lebih kerap berubah |
| Risiko jangka panjang | CPC terus naik bila saingan bertambah | Organic reach terus merosot | Regulasi & perubahan algoritma lebih kerap |
| Terbaik untuk bina | Lead pipeline yang predictable | Brand awareness & retargeting pool | Konten library & viral brand equity |
Cadangan jangka panjang dari saya: Untuk bisnes Malaysia yang baru bermula — fokus Google Ads dulu untuk dapat lead dan cashflow. Selepas 6 bulan bila jenama mula dikenali, tambah Facebook untuk retargeting. Bila dah stabil, labur dalam SEO dan email marketing. TikTok masuk bila awak ada kapasiti untuk buat konten video secara konsisten. Jangan buat semua serentak dari awal — setiap platform perlu perhatian penuh untuk beri hasil.
Soalan Lazim (FAQ)
Facebook Ads lebih murah per klik. Di Malaysia, Facebook Ads purata RM0.50–RM2.00 (iffahishak.com 2025), manakala Google Search Ads purata RM2.50 merentas semua sektor — boleh cecah RM12+ untuk healthcare dan kewangan (Specflux.com 2026). Secara global, Google Search avg $2.96 berbanding Facebook SEA avg $0.56 (LocaliQ Q1 2026, Lebesgue 2026) — nisbah 4–5×. Pengecualian penting: Google Display Network (GDN) boleh lebih murah dari Facebook, CPC serendah RM0.10–0.50. Tapi Google Search Ads convert lebih tinggi (4.4% vs 1.85% — WordStream 2025), jadi kos per pelanggan sebenar mungkin hampir sama. Kira kos per lead, bukan CPC sahaja.
Ya. Strategi gabungan yang disyorkan: guna Facebook Ads untuk awareness di atas corong jualan, dan Google Ads untuk conversion di bawah corong. Budget split untuk bisnes baru: 70% Google Ads (fokus conversion) + 30% Facebook Ads (awareness + retargeting). Sesuaikan mengikut prestasi kempen dari semasa ke semasa. Jangan agih-agih sama rata tanpa strategi.
Google Ads lebih sesuai untuk klinik dan hospital. Pesakit mencari klinik apabila ada keperluan segera — niat pembelian sudah wujud. Google Ads Search menangkap niat tersebut jauh lebih berkesan berbanding Facebook Ads. Facebook sesuai sebagai pelengkap untuk kempen kesedaran (awareness) atau retargeting kepada pengunjung website yang belum buat temujanji.
Untuk Google Ads Malaysia, budget minima yang bermakna adalah sekitar RM30–RM50 sehari (RM900–RM1,500 sebulan) untuk mendapat data yang cukup dalam 30 hari pertama. Facebook Ads boleh dimulakan dengan RM20–RM30 sehari, tetapi hasil optimum memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan supaya algorithm dapat menyelesaikan fasa pembelajaran dan mencari audiens yang responsif.
Kerana pengguna yang mengklik iklan Google Ads sedang aktif mencari produk atau perkhidmatan — mereka dalam mod "nak beli" atau "nak ambil tindakan". Niat tinggi ini menjadikan setiap klik lebih bernilai kepada pengiklan. Sistem lelongan kata kunci Google menyebabkan pengiklan bersaing untuk kedudukan teratas, menaikkan harga CPC secara semula jadi terutama untuk sektor berdaya saing tinggi seperti healthcare dan perkhidmatan profesional.
Google Ads boleh menghasilkan lead atau enquiry dalam beberapa hari pertama kempen aktif sekiranya disasarkan dengan betul dan landing page berkualiti. Facebook Ads biasanya memerlukan masa lebih lama — algorithm Meta perlu melalui fasa pembelajaran 7–14 hari untuk mencari audiens yang paling responsif sebelum prestasi stabil. TikTok Ads boleh menjana trafik dengan cepat kalau konten viral, tapi conversion lebih perlahan. Untuk keperluan segera, Google Ads adalah pilihan terpantas.
Ya — Malaysia adalah antara pasaran TikTok yang paling aktif di Asia Tenggara. Pada 2025, Malaysia mempunyai lebih 10 juta pengguna aktif TikTok, dengan purata masa tontonan yang tinggi. TikTok Ads sesuai untuk bisnes yang produknya visual, menarik bila ditunjukkan dalam video, dan mensasarkan audiens berumur 18–35 tahun. Tidak sesuai untuk B2B, perkhidmatan kecemasan, atau produk yang memerlukan penjelasan panjang sebelum keputusan dibuat.
TikTok Ads mempunyai keperluan budget minimum yang lebih rendah berbanding Google dan Facebook. Minimum kempen harian di TikTok Ads Manager bermula dari USD $50 sehari (sekitar RM230+), tetapi anda boleh mulakan dengan lebih rendah menggunakan Spark Ads dari akaun organik anda. Untuk mendapat data yang bermakna dalam 30 hari, cadangan budget adalah sekitar RM800–RM1,200 sebulan. TikTok paling berkesan bila disokong dengan konten organik yang konsisten — jangan harapkan iklan berbayar sahaja tanpa asas konten yang kukuh.
Nak Tahu Platform Mana Sesuai — Google, Facebook, atau TikTok?
Setiap bisnes berbeza. Hantar WhatsApp sekarang — saya akan cadangkan platform dan strategi yang paling sesuai berdasarkan sektor, budget, dan matlamat bisnes awak.