Ramai pemilik bisnes tak tahu rupanya macam mana iklan Google sebenar. Di sini Azrain tunjukkan format sebenar — Search Ads, Display Network, dan YouTube Ads — lengkap dengan struktur di sebalik setiap kempen.
Apabila seseorang taip keyword di Google, iklan anda muncul di bahagian teratas hasil carian — sebelum semua keputusan organik. Ini format yang paling tinggi intent, sebab orang dah aktif cari perkhidmatan anda.
Extensions menambah ruang iklan dan maklumat — percuma, hanya bayar apabila diklik.
GDN meletakkan banner iklan anda pada 35 juta+ laman web, aplikasi, dan YouTube. Berbeza dengan Search Ads, GDN berfungsi untuk awareness dan remarketing — tunjukkan iklan anda kepada orang yang pernah melawat website anda.
YouTube Ads bermain sebelum, semasa, atau selepas video YouTube. Format Skippable In-Stream adalah yang paling popular — penonton boleh langkau selepas 5 saat. Anda hanya bayar jika mereka tonton sekurang-kurangnya 30 saat atau klik iklan.
5 saat pertama sebelum penonton boleh langkau. Hook mesti kuat — tunjukkan masalah atau tawaran menarik dalam masa ini.
Jika penonton langkau sebelum 30 saat — anda tidak bayar. Anda hanya dikecaj jika mereka tonton penuh atau klik CTA.
Banner 300×60 muncul di sebelah kanan video semasa iklan berjalan. Klik terus ke landing page anda — tambah peluang konversi.
Azrain urus semua format — Search, Display, dan YouTube. Dari keyword research, ad copy, hingga setup teknikal dan optimisation bulanan. Google Partner Malaysia sejak 2025.