Google Ads

Bid Strategy Google Ads Malaysia:
Manual CPC vs Smart Bidding 2026

Google Ads Bidding Strategy Malaysia: Manual CPC vs Smart Bidding — Complete Guide 2026

English Summary

"Should I use Manual CPC or Smart Bidding?" — I get this question constantly, especially from business owners who've been burned by runaway spend after letting Google "optimise" for them. The honest answer: it depends on where your account is in its lifecycle. I've been managing live Google Ads accounts here since 2014 — across healthcare clinics, gold dealers, SMEs, mosques — and I've seen Smart Bidding work brilliantly and spectacularly fail, often in the same sector. The key variable is always conversion data quality and volume. New account with zero conversion history? Start Manual CPC. Account with 30+ conversions/month tracked correctly? Smart Bidding will outperform you. Enhanced CPC (eCPC) — the old "middle ground" — is now deprecated by Google and being phased out. The full BM guide below covers all 5 active bid strategies, a decision framework for Malaysia-based campaigns, the Enhanced CPC deprecation situation, and what AI Max for Search means for bidding in 2026.

Bid strategy Google Ads menentukan bagaimana Google tetapkan bid anda dalam setiap pertandingan iklan (auction). Pilihan antara Manual CPC dan Smart Bidding bukan sekadar soal teknikal — ia menentukan sama ada Google atau anda yang kawal bajet dan prestasi kempen. Pilihan yang salah boleh membakar bajet tanpa konversi, atau sebaliknya membuatkan anda melepaskan peluang pengoptimuman yang sebenarnya ada dalam data akaun anda.

Ramai pengiklan Malaysia buat kesilapan yang sama: mereka beralih ke Smart Bidding terlalu awal — sebelum ada data konversi yang mencukupi — dan kemudian menyimpulkan bahawa Smart Bidding tidak berkesan. Padahal masalahnya bukan Smart Bidding. Masalahnya adalah masa dan persediaan.

Panduan ini akan jelaskan setiap jenis bid strategy yang aktif pada 2026, bila sesuai guna mana, dan bagaimana era AI Max for Search mengubah landskap bidding Google Ads di Malaysia.

1. Apa Itu Bid Strategy Google Ads?

Bid strategy ialah kaedah yang menentukan bagaimana Google Ads tetapkan bid anda dalam setiap auction iklan — sama ada anda tetapkan sendiri secara manual, atau biarkan algoritma Google buat keputusan berdasarkan data dan matlamat kempen anda.

Setiap kali seseorang taip query berkaitan keyword anda, Google jalankan auction dalam pecahan saat. Dalam auction itu, Ad Rank anda (yang menentukan kedudukan iklan) dikira dari gabungan bid + Quality Score + konteks pengguna. Bid strategy anda menentukan angka bid yang masuk ke dalam formula itu.

Pada asasnya, terdapat dua keluarga besar bid strategy:

Nota Penting — 2026

Enhanced CPC (eCPC), strategi "hybrid" yang dulunya popular sebagai jalan tengah antara Manual dan Smart Bidding, telah ditamatkan (deprecated) oleh Google secara berperingkat. Mulai Oktober 2024, eCPC tidak lagi boleh dipilih untuk kempen baru. Sunset sepenuhnya berlaku pada Mac 2025 — kempen lama dimigrasikan secara automatik ke Manual CPC oleh Google. Kempen lama yang masih guna eCPC akan dimigrasikan secara automatik oleh Google. Pilihan gantian: Maximize Conversions atau Manual CPC.

2. Manual CPC — Kawalan Penuh, Tanggungjawab Sendiri

Manual CPC (Cost Per Click) ialah strategi di mana anda tetapkan bid maksimum untuk setiap keyword secara individu. Google tidak akan bayar lebih dari had yang anda tetapkan, walaupun ia bermakna iklan anda mungkin kalah dalam auction tertentu.

Ini bukan strategi yang "ketinggalan zaman" — ia masih relevan dan ada konteks di mana ia pilihan terbaik. Tetapi ia memerlukan komitmen masa yang tinggi: anda perlu semak prestasi keyword secara aktif, laras bid berdasarkan data, dan buat keputusan pengoptimuman sendiri.

Manual CPC
  • Kawalan penuh ke atas bid setiap keyword
  • Sesuai bila tiada data konversi lagi
  • Mudah audit dan jelaskan kepada klien
  • Kurang risiko overspend oleh algoritma
  • Perlu pemantauan harian yang aktif
  • Tidak boleh react dalam masa nyata seperti AI
  • Miss peluang auction di luar waktu kerja
  • Optimum bid satu-satu ambil masa lama
Smart Bidding
  • Optimum bid setiap auction secara real-time
  • Gunakan 70+ signal konteks (peranti, lokasi, masa, dll)
  • Lebih cekap apabila data konversi cukup
  • Skala lebih baik untuk akaun besar
  • Perlu minimum 30–50 konversi/bulan
  • Kurang kawalan ke atas keyword individu
  • Fasa pembelajaran 1–2 minggu bila diaktif/ditukar
  • Prestasi tidak stabil bila data konversi tidak tepat
Bila Guna Manual CPC

Akaun baru yang tiada sejarah konversi. Budget kecil di bawah RM800/bulan. Kempen yang sangat sempit (5–15 keyword) di mana anda boleh pantau setiap keyword secara langsung. Atau bila anda syak data konversi tidak tepat dan perlu audit sebelum bagi kawalan kepada AI.

3. Smart Bidding — 5 Jenis yang Aktif di Malaysia 2026

Smart Bidding adalah subset dari automated bidding di mana Google gunakan machine learning untuk optimum bid berdasarkan matlamat konversi. Ia bukan satu strategi — ia adalah keluarga strategi dengan matlamat berbeza.

Berikut adalah 5 jenis bid strategy yang tersedia dan relevan untuk kempen di Malaysia pada 2026:

MAX
CLICK

Maximize Clicks Bukan Smart Bidding

Dapatkan klik sebanyak mungkin dalam bajet. Ini bukan Smart Bidding sebenar — ia tiada matlamat konversi. Sesuai untuk kempen awareness atau untuk mengumpul data klik awal bagi keyword baru. Waspada: ia optimum untuk klik, bukan untuk lead atau jualan.

MAX
CONV

Maximize Conversions

Capai konversi sebanyak mungkin dalam bajet yang ditetapkan, tanpa had kos per konversi. Ini adalah titik masuk Smart Bidding yang paling sesuai — guna setelah ada conversion tracking yang berfungsi, walaupun bilangan konversi masih rendah. Boleh tambah sasaran CPA setelah data terkumpul.

tCPA

Target CPA (tCPA)

Google optimum bid untuk capai konversi pada sasaran kos per konversi yang anda tetapkan. Contoh: sasarkan "setiap lead kos tidak lebih RM50." Memerlukan minimum 30 konversi dalam 30 hari yang terakhir untuk berkesan. Strategi paling popular untuk kempen lead generation Malaysia.

tROAS

Target ROAS (tROAS)

Google maximise nilai konversi pada nisbah Return on Ad Spend yang anda sasarkan. Contoh: sasarkan 400% ROAS bermakna setiap RM1 belanja iklan mesti janakan RM4 dalam jualan. Memerlukan minimum 50 konversi/bulan dengan nilai konversi yang dijejak. Sesuai untuk e-commerce atau perkhidmatan berbilang harga.

MAX
VAL

Maximize Conversion Value

Google maximise jumlah nilai konversi dalam bajet, tanpa had ROAS. Berbeza dari tROAS — tiada sasaran nisbah, Google bebas belanja untuk capai nilai tertinggi. Berguna bila anda ada produk/servis berbeza harga dan nak Google fokus pada konversi bernilai tinggi secara automatik.

eCPC
⚠️

Enhanced CPC (eCPC) Deprecated 2025–2026

Google laras bid Manual CPC anda ke atas atau ke bawah berdasarkan kemungkinan konversi. Dahulunya popular sebagai jalan tengah. Diumumkan September 2024. Mulai Oktober 2024, kempen baru tidak boleh guna eCPC. Sunset sepenuhnya pada Mac 2025 — kempen lama auto-migrate ke Manual CPC. Jangan buat kempen baru dengan eCPC.

4. Panduan Keputusan: Bila Guna Manual dan Bila Guna Smart Bidding?

Soalan "mana satu nak guna?" tidak boleh dijawab dengan satu ayat. Ia bergantung pada stadium akaun anda, kualiti data konversi, dan matlamat kempen.

Gunakan rangka keputusan ini sebagai panduan praktikal untuk konteks Malaysia:

Situasi Akaun
Cadangan
Sebab
Akaun baru, tiada data konversi
Manual CPC
Smart Bidding tiada data untuk belajar. Manual bagi kawalan sambil kumpul data.
1–3 bulan berjalan, 5–29 konversi/bulan
Maximize Conversions
Ada sedikit data, biarkan Google belajar tanpa sasaran CPA yang ketat.
30+ konversi/bulan, kos konversi stabil
Target CPA
Data cukup untuk Smart Bidding beroperasi dengan cekap pada sasaran CPA.
E-commerce, nilai konversi berbeza
tROAS / Max Conv Value
Optimum untuk nilai, bukan sekadar bilangan konversi.
Budget kecil (<RM800/bulan)
Manual CPC
Budget kecil tidak cukup data untuk Smart Bidding. Kawal klik secara manual.
Kempen sensitif (klinik, kewangan)
Manual CPC → tCPA
Mulakan dengan kawalan penuh. Beralih ke tCPA setelah conversion tracking disahkan tepat.
Pengurus kempen tidak boleh pantau harian
Smart Bidding + tCPA
Google reaksi 24/7. Manual CPC tanpa pemantauan aktif lebih berbahaya.

Rangka keputusan berdasarkan pengalaman mengurus kempen aktif di Malaysia, 2014–2026.

Bid Strategy Progression — Perjalanan Akaun Google Ads

Dari akaun baru tanpa data → kempen matang dengan Smart Bidding sepenuhnya

Tahap 1 ⚙️
Akaun Baru
Manual CPC
0 konversi
Kawalan penuh.
Pantau keyword
satu per satu.
Tahap 2 📊
Fasa Data
Maximize
Conversions
1–29 conv/bln
Biarkan Google
belajar. Kumpul
data konversi.
Tahap 3 🎯
Akaun Matang
Target CPA
(tCPA)
30+ conv/bln
Tetapkan sasaran
kos per lead.
Google optimum.
Tahap 4 🚀
Akaun Lanjutan
Target ROAS /
Max Conv. Value
50+ conv/bln
Optimum nilai
konversi, bukan
sekadar bilangan.
Peringatan Penting

Apabila anda tukar bid strategy (contoh dari Manual CPC ke tCPA), kempen masuk fasa pembelajaran semula selama 1–2 minggu. Dalam tempoh ini prestasi tidak stabil — CPA boleh naik, impression boleh turun. Jangan panik dan tukar balik dalam tempoh ini. Beri masa cukup untuk algoritma belajar semula sebelum buat keputusan.

5. Kenapa Data Konversi Adalah Kunci Smart Bidding

Smart Bidding hanya secekap data yang anda bagi. Ini bukan teori — ini realiti yang saya perhatikan dalam kempen yang saya urus setiap hari.

Jika anda tracking konversi yang tidak tepat, Smart Bidding akan optimum untuk perkara yang salah. Contoh kesalahan yang biasa berlaku di Malaysia:

Untuk semak kualiti conversion tracking anda, baca: Cara Pasang Conversion Tracking Google Ads Malaysia — Panduan Lengkap 2026.

AI Max for Search adalah kempen baru Google Ads yang diperkenalkan pada 2025–2026, menggabungkan matching keyword automatik (broad), audience signal dari Google, dan kreativiti iklan yang dinamik — semuanya dipacu oleh Smart Bidding di bahagian belakang.

Ia bukan menggantikan bid strategy tradisional. Sebaliknya, AI Max menggunakan Smart Bidding sebagai enjin utamanya, tetapi menambah lapisan AI yang lebih luas untuk menentukan siapa, bila, dan dengan mesej apa iklan anda ditunjukkan.

Aspek Smart Bidding Standard AI Max for Search
Kawalan Keyword Anda pilih keyword + match type Google expand keyword secara automatik
Kawalan Ad Copy Anda tulis RSA, Google rotate Google boleh jana variasi copy baru
Bid Mechanism Smart Bidding (tCPA/tROAS/etc) Smart Bidding (sama) + audience layering
Kawalan Pengiklan Tinggi (keyword, bid, copy) Sederhana–Rendah (lebih banyak kepada AI)
Sesuai Untuk Semua peringkat — bergantung data Akaun matang dengan data konversi kukuh
Status Malaysia 2026 Fully available ✅ General availability sejak 15 April 2026 Live ✓

Cadangan saya untuk pengiklan Malaysia pada 2026: jangan tergesa-gesa ke AI Max for Search jika kempen standard Smart Bidding anda masih berjalan dengan baik. AI Max memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi kepada sistem Google — yang bermakna kurang kawalan manual. Untuk sektor sensitif seperti klinik dan kewangan, tunggu hingga ada lebih banyak case study tempatan sebelum migrate.

7. 5 Kesilapan Bid Strategy yang Sering Dilakukan Pengiklan Malaysia

Selepas lebih 10 tahun urus kempen di Malaysia, inilah kesilapan bid strategy yang paling kerap saya jumpa — dan yang paling mahal kesannya:

  1. Beralih ke Smart Bidding sebelum conversion tracking dipasang dengan betul.
    Smart Bidding tanpa data konversi yang tepat = buta. Google akan optimum ke arah yang salah. Sentiasa sahkan tracking berfungsi dulu sebelum aktifkan mana-mana Smart Bidding.
  2. Tetapkan sasaran tCPA yang terlalu rendah terlalu awal.
    Jika CPA sebenar anda adalah RM80, tetapi anda sasarkan RM30, Smart Bidding akan struggle untuk deliver dan mungkin tidak tayangkan iklan langsung. Mulakan tCPA pada nilai realistik berdasarkan data, bukan angka yang anda harapkan.
  3. Tukar bid strategy terlalu kerap.
    Setiap perubahan bid strategy memulakan fasa pembelajaran semula. Pengiklan yang panik dan switch strategy setiap 2 minggu akan sentiasa berada dalam mod pembelajaran — tidak pernah capai prestasi optimum.
  4. Menggunakan Maximize Clicks untuk selamanya.
    Maximize Clicks berguna untuk kumpul data awal, tetapi ia optimum untuk klik — bukan konversi. Terlalu ramai pengiklan terperangkap di sini sebab traffic kelihatan tinggi, tetapi lead kosong.
  5. Tidak semak laporan "Bid Strategy Report" dalam Google Ads.
    Google Ads ada laporan khas untuk Smart Bidding yang tunjukkan sama ada strategi anda dalam fasa pembelajaran, stabil, atau terhad. Ramai pengiklan tidak sedar laporan ini wujud — ia di bawah Campaigns → Bid Strategy tab.
Bacaan Berkaitan

Bid strategy yang betul hanya berkesan jika Quality Score anda kukuh. Quality Score yang rendah bermakna anda bayar lebih mahal dalam setiap auction — walaupun bid strategy anda betul. Baca panduan lengkap Quality Score untuk faham hubungan antara keduanya.

Kesimpulan — Bid Strategy Mana Yang Sesuai untuk Awak?

Satu benda yang selalu nampak pada akaun Google Ads yang tak perform: pengiklan silap pilih bid strategy bukan sebab tak faham, tapi sebab tergesa-gesa. Nak terus guna Smart Bidding dari hari pertama, sedangkan akaun masih kosong data konversi. Hasilnya? CPC naik, budget habis, tapi leads tak masuk.

Prinsip mudah yang saya pakai untuk semua klien saya di Malaysia:

  • Akaun baru atau data konversi di bawah 30/bulan → mulakan dengan Manual CPC. Kumpul data dulu.
  • 30+ konversi/bulan, tracking betul → beralih ke Maximize Conversions atau Target CPA. Bagi Smart Bidding peluang belajar.
  • 50+ konversi/bulan, tahu nilai setiap konversi → Target ROAS atau Maximize Conversion Value mula masuk akal.
  • eCPC → lupakan. Dah sunset Mac 2025. Jangan guna.
  • AI Max for Search → menarik, tapi tunggu dulu jika kempen standard Smart Bidding anda masih perform. Jangan migrate sekadar ikut trend.

Bid strategy bukan yang tentukan kejayaan kempen — ia cuma alat. Yang lebih penting: conversion tracking yang betul, keyword yang tepat, dan landing page yang relevan. Kalau tiga benda ni tak kena, bid strategy mana pun tak akan selamatkan kempen awak.

Soalan Lazim (FAQ) — Bid Strategy Google Ads Malaysia

Bila sesuai guna Manual CPC untuk Google Ads di Malaysia?
Manual CPC sesuai untuk akaun baru yang belum ada data konversi, kempen dengan budget kecil (bawah RM1,000/bulan), atau pengiklan yang mahir dan boleh pantau kempen setiap hari. Ia juga pilihan terbaik bila anda ingin kawalan penuh ke atas bid setiap keyword — contohnya kempen yang sangat spesifik atau bersektor sensitif seperti healthcare, di mana anda perlu jaga kualiti klik, bukan sekadar kuantiti.
Berapa banyak konversi yang diperlukan sebelum guna Smart Bidding?
Google mengesyorkan minimum 30 konversi dalam tempoh 30 hari untuk Target CPA, dan minimum 50 konversi dalam 30 hari untuk Target ROAS. Ini supaya algoritma Smart Bidding ada data yang cukup untuk membuat keputusan bid yang tepat. Kalau data konversi kurang dari itu, guna Maximize Conversions dulu — biarkan data terkumpul selama 4–8 minggu sebelum switch ke tCPA atau tROAS.
Adakah Enhanced CPC (eCPC) masih berkesan pada 2026?
Enhanced CPC (eCPC) telah ditamatkan (deprecated) oleh Google. Mulai Oktober 2024, kempen baru tidak lagi boleh menggunakan eCPC. Sunset sepenuhnya berlaku pada Mac 2025 — kempen lama dimigrasikan secara automatik ke Manual CPC oleh Google. Jika anda masih melihat eCPC dalam akaun lama, ia akan dialihkan secara automatik. Pilihan gantian: Maximize Conversions (jika tiada sasaran CPA) atau Target CPA (jika ada 30+ konversi/bulan).
Apa perbezaan antara Maximize Conversions dan Target CPA?
Maximize Conversions mendapatkan sebanyak mungkin konversi dalam bajet tanpa had kos per konversi — Google bebas belanja bajet sepenuhnya untuk capai bilangan konversi tertinggi. Target CPA pula menetapkan sasaran kos per konversi — Google optimize bid untuk capai bilangan konversi yang paling banyak pada atau bawah sasaran CPA anda. Gunakan Maximize Conversions bila anda nak kumpul data awal; gunakan Target CPA bila anda dah tahu kos konversi yang boleh diterima untuk bisnes anda.
Boleh tukar bid strategy di tengah kempen tanpa merosakkan prestasi?
Boleh, tetapi ada risiko. Setiap kali anda tukar bid strategy, kempen akan masuk fasa pembelajaran semula (learning period) selama 1–2 minggu — dalam tempoh ini prestasi mungkin tidak stabil dan CPA boleh naik sementara. Elak buat perubahan besar lain (keyword baru, landing page baru) dalam masa yang sama. Jika terpaksa tukar, buat dalam bujet kempen yang stabil dan pantau rapat dalam 2 minggu pertama.
Adakah Smart Bidding sesuai untuk kempen klinik dan healthcare di Malaysia?
Smart Bidding boleh digunakan untuk kempen klinik, tetapi perlu berhati-hati. Konversi yang dijejak mestilah tepat — contohnya klik butang WhatsApp atau borang temujanji. Jangan gunakan metrik seperti 'masa di laman' sebagai konversi kerana ia tidak mencerminkan pesakit sebenar. Untuk kempen klinik baru, mulakan dengan Manual CPC atau Maximize Clicks untuk kumpul data, kemudian beralih ke Target CPA setelah 30+ konversi terkumpul. Ini pendekatan yang terbukti berkesan untuk kempen klinik di Malaysia.
Apa itu AI Max for Search dan adakah ia menggantikan bid strategy biasa?
AI Max for Search adalah jenis kempen baru Google Ads yang menggabungkan Smart Bidding, broad keyword matching automatik, dan audience signal dari Google. Ia bukan menggantikan bid strategy tradisional — Smart Bidding tetap menjadi enjin utamanya. AI Max keluar beta pada 15 April 2026 dan kini tersedia secara global. Malaysia sudah diuji terawal — Shopee Malaysia catat +100% konversi dalam eksperimen 5 minggu. Untuk sektor sensitif (klinik, kewangan), disyorkan tunggu lebih banyak case study tempatan sebelum migrate.

Tak Pasti Bid Strategy Mana Sesuai untuk Kempen Anda?

Setiap kempen ada konteks berbeza. Urus akaun Google Ads bersama Google Partner Malaysia dengan 10+ tahun pengalaman merentasi healthcare, SME, kewangan Islam, dan korporat.

A

Azrain Alaman

Google Partner · HRD Corp Certified Trainer · eUsahawan Subject Matter Expert

Pengamal Google Ads aktif di Malaysia sejak 2014. Mengurus kempen Search dan Display merentasi sektor healthcare, kewangan Islam, SME, pendidikan, dan korporat. CEO/CMO Biszverse Dot Com Empire. Baca lanjut tentang Azrain →

Rujukan & Sumber Data

Fakta dan angka dalam artikel ini berdasarkan:

  • Google Ads Help Centre — Smart Bidding documentation, eCPC deprecation notice, tCPA & tROAS minimum conversion requirements (google.com/ads/help)
  • Google Ads Announcement (September 2024) — Enhanced CPC deprecated; kempen baru tidak boleh guna eCPC mulai Oktober 2024
  • Google Ads Help Centre (Mac 2025) — eCPC sunset sepenuhnya, kempen lama auto-migrate ke Manual CPC
  • Google Ads Help Centre (April 2026) — AI Max for Search keluar beta 15 April 2026, general availability global
  • Google Ads Case Studies (2026) — Shopee Malaysia catat +100% konversi dalam eksperimen AI Max for Search 5 minggu
  • Akaun aktif Azrain Alaman (2014–2026) — Anggaran CPC mengikut sektor, rangka keputusan Manual vs Smart Bidding, minimum data sebelum Smart Bidding sesuai digunakan (tiada URL — data dari pengalaman operasi)

Angka CPC yang disebut adalah anggaran berdasarkan akaun aktif Malaysia — label ESTIMATE digunakan di mana data tidak boleh disahkan secara awam. Verify terkini melalui Google Keyword Planner.