Google Ads

Berapa Kos Google Ads di Malaysia?
Panduan Lengkap 2026

How Much Does Google Ads Cost in Malaysia? — Complete Guide 2026

English Summary

"How much does Google Ads cost in Malaysia?" — I get this question from almost every business owner before they start. The honest answer: it depends entirely on your sector. I've been managing live Google Ads accounts here since 2014, and I've seen healthcare clicks cost RM8 per click while a small NGO campaign ran at under RM0.50. The gap is real, and it's driven by competition — not by how much Google likes you. For most Malaysian SMEs, a practical starting budget is RM1,000–RM1,500/month in ad spend. Anything lower and you won't have enough data to optimise. The full article below (in Bahasa Malaysia) breaks down real CPC estimates by sector, the five factors that push costs up or down, and specific steps to reduce spend without cutting results.

Kos Google Ads di Malaysia bergantung kepada industri, persaingan keyword, dan kualiti kempen anda. Secara purata, kos per klik (CPC) adalah antara RM0.50 hingga RM8.00, bergantung sektor. Artikel ini kongsikan angka sebenar dari pengalaman mengurus kempen aktif di Malaysia selama 10+ tahun — bukan angka teori dari luar negara.

Soalan "berapa kos Google Ads?" adalah soalan pertama yang hampir semua pemilik bisnes tanya sebelum mereka mula. Dan ia soalan yang wajar — anda nak tahu sama ada pelaburan ini masuk akal untuk bisnes anda.

Jawapan yang jujur: tiada satu angka tetap. Tetapi ada rangka kerja yang boleh membantu anda buat anggaran realistik. Itulah tujuan artikel ini.

1. Macam Mana Google Ads Kenakan Caj?

Sebelum bincang angka, penting untuk faham model caj Google Ads. Anda tidak bayar untuk "pasang iklan" — anda bayar berdasarkan tindakan pengguna:

Untuk kebanyakan SME di Malaysia yang baru bermula, model CPC melalui Search campaign adalah titik permulaan yang paling berkesan. Anda hanya bayar bila ada orang yang benar-benar berminat dan klik.

2. Kos Google Ads di Malaysia Mengikut Sektor

Berikut adalah anggaran CPC berdasarkan pengalaman mengurus kempen aktif di pasaran Malaysia. Angka ini adalah ESTIMATE — kos sebenar boleh berbeza mengikut lokasi, persaingan tempatan, dan kualiti kempen anda.

Sektor Anggaran CPC Budget Bulanan Minimum
Healthcare & Klinik RM3.00 – RM8.00 RM2,000 – RM3,000
Guaman & Perkhidmatan Profesional RM3.00 – RM8.00 RM2,000 – RM4,000
Hartanah & Pemaju RM2.00 – RM6.00 RM2,000 – RM5,000
Kecantikan & Estetik RM1.50 – RM4.00 RM1,500 – RM2,500
Pendidikan & TVET RM0.80 – RM2.50 RM1,000 – RM2,000
SME Runcit & Perkhidmatan Tempatan RM0.80 – RM2.50 RM800 – RM1,500
Masjid & Pertubuhan Bukan Untung RM0.30 – RM1.00 RM500 – RM1,000

ESTIMATE Angka berdasarkan pengalaman pengurus kempen aktif di Malaysia (2014–2026). Kos sebenar boleh berbeza mengikut keyword spesifik, lokasi, Quality Score, dan waktu kempen dijalankan.

Visualisasi CPC Google Ads Malaysia Mengikut Sektor

Skala: RM0 hingga RM10 per klik  ·  ESTIMATE berdasarkan kempen aktif 2014–2026

RM0RM2RM4RM6RM8RM10
Healthcare & Klinik
RM3 – RM8
Guaman & Perundangan
RM3 – RM8
Hartanah & Pemaju
RM2 – RM6
Kecantikan & Estetik
RM1.50 – RM4
Pendidikan & TVET
RM0.80 – RM2.50
SME Runcit & Tempatan
RM0.80 – RM2.50
Masjid & NGO
RM0.30 – RM1

Kenapa Sektor Healthcare Paling Mahal?

Keyword healthcare seperti "klinik sakit puan KL" atau "doktor kulit Petaling Jaya" sangat kompetitif — banyak klinik bidding untuk keyword yang sama. Selain itu, satu pesakit baru boleh bernilai ratusan ringgit kepada klinik, jadi bidding lebih tinggi tetap menguntungkan.

3. 5 Faktor yang Menentukan Kos Google Ads Anda

1. Quality Score (Skor Kualiti)

Quality Score adalah "markah" Google berikan kepada iklan anda — skala 1 hingga 10. Ia mengukur tiga perkara: relevansi iklan dengan keyword, jangkaan kadar klik (expected CTR), dan pengalaman landing page.

Skor tinggi = kos lebih rendah. Pengiklan dengan Quality Score 8/10 boleh bayar lebih murah dan muncul lebih tinggi daripada pesaing yang mempunyai skor 4/10 — walaupun pesaing itu bid lebih banyak. Ini kelebihan terbesar yang ada dalam Google Ads jika anda faham cara gunakannya.

2. Persaingan Keyword

Semakin ramai pengiklan yang bid untuk keyword yang sama, semakin tinggi CPC. Keyword seperti "klinik kulit terbaik KL" jauh lebih mahal daripada "klinik kulit Sungai Petani" kerana saingan di KL adalah lebih ramai.

3. Intent Keyword — Transaksional vs Informasional

Keyword transaksional — "buat appointment klinik online" atau "daftar kursus Google Ads sekarang" — CPC lebih tinggi tetapi kadar konversi lebih baik. Keyword informasional — "cara kuruskan badan" atau "apa itu Google Ads" — CPC lebih murah tetapi pengguna belum ready beli. Pilih keyword mengikut objektif kempen anda.

4. Lokasi Sasaran

Kempen yang menyasarkan Lembah Klang (KL, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang) umumnya lebih mahal berbanding kawasan seperti Sungai Petani atau Alor Setar — kepadatan pengiklan lebih tinggi di bandar besar. Jika bisnes anda hanya beroperasi di kawasan tertentu, ketatkan lokasi sasaran untuk elak bayar premium yang tidak perlu.

5. Landing Page Experience

Ini yang ramai orang terlepas pandang. Google menilai landing page anda sebagai sebahagian daripada Quality Score. Halaman yang lambat muat, tidak relevan dengan keyword, atau tidak mesra telefon bimbit akan menaikkan CPC anda secara automatik — walaupun ad copy anda bagus.

4. Berapa Budget Minimum yang Masuk Akal?

Ini soalan paling kerap. Jawapan jujur dari perspektif pengamal:

RM500 / bulan Boleh, tapi terhad

Mungkin dapat 5–15 klik sehari untuk keyword kompetitif. Data tidak cukup untuk optimum dengan berkesan. Sesuai untuk keyword sangat niche atau kawasan luar bandar.

RM1,000 – RM1,500 / bulan Sweet Spot untuk SME ✓

Cukup untuk dapatkan data bermakna, test beberapa ad variation, dan mula optimize. Titik permulaan terbaik untuk kebanyakan bisnes kecil di Malaysia.

RM2,000 – RM3,000 / bulan Untuk sektor kompetitif

Diperlukan untuk healthcare, guaman, hartanah. Di bawah angka ini, susah nak traction yang bermakna dalam sektor yang CPC-nya RM3–8.

RM5,000+ / bulan Untuk scale hasil

Boleh jalankan multiple campaign, test multiple keyword cluster, dan lihat impak ketara kepada bisnes. Berbaloi jika kos pemerolehan pelanggan anda menyokong angka ini.

Prinsip Penting

Google Ads adalah pelaburan, bukan kos tetap. Budget terlalu rendah akan menghasilkan data yang tidak mencukupi untuk membuat keputusan yang baik — dan anda akan menyimpulkan "Google Ads tak berkesan" sedangkan masalahnya ialah budget yang tidak mencukupi untuk bersaing.

5. Kos Pengurusan Google Ads (Management Fee)

Selain kos iklan yang dibayar terus kepada Google, ada kos pengurusan jika anda menggunakan pakar atau agensi. Kedua-duanya adalah kos yang berasingan:

Pilihan Kos Anggaran Sesuai Untuk
DIY (urus sendiri) RM0 (masa sahaja) Yang ada masa & bersedia belajar
Freelancer / Pakar Bebas RM300 – RM1,500 / bulan SME dengan budget sederhana
Agensi Digital RM1,500 – RM5,000+ / bulan Bisnes yang nak hasil lebih pantas

ESTIMATE Sesetengah pakar/agensi caj berdasarkan % daripada ad spend (biasanya 10–20%). Fahami struktur caj sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Tip Penting

Apabila melantik pakar Google Ads, pastikan akaun Google Ads atas nama anda sendiri — bukan nama agensi. Anda perlu miliki akaun anda supaya data dan sejarah kempen kekal milik anda sekiranya bertukar pengurus kempen.

6. 5 Cara Kurangkan Kos Google Ads Tanpa Kurang Keputusan

Anda tidak perlu bayar lebih untuk dapat lebih. Strategi berikut boleh turunkan CPC anda sambil mengekalkan atau meningkatkan kualiti lead:

  1. Bina Senarai Negative Keyword yang Kukuh
    Negative keyword mengelakkan iklan anda muncul untuk carian yang tidak relevan. Contoh: klinik estetik perlu tambah "percuma", "kerja", "kerajaan", "PPUM", "hospital" sebagai negative keyword. Satu negative keyword yang betul boleh jimat puluhan ringgit sehari.
  2. Tingkatkan Quality Score Secara Berterusan
    Pastikan keyword, ad copy, dan landing page anda saling relevan. Jika keyword anda "klinik sakit puan Sungai Petani", ad copy dan landing page anda mesti menyebut frasa tersebut secara eksplisit. QS naik dari 5 ke 8 boleh turunkan CPC sehingga 30–40%.
  3. Gunakan Ad Scheduling (Penjadualan Iklan)
    Jalankan iklan hanya pada waktu pelanggan anda aktif mencari. Kebanyakan klinik contohnya mendapat lead paling banyak antara 8 pagi – 8 malam. Hentikan iklan tengah malam jika bisnes anda tidak beroperasi waktu itu.
  4. Ketatkan Location Targeting
    Jika bisnes anda hanya serve Sungai Petani, jangan target seluruh Kedah atau seluruh Malaysia. Targeting yang luas = saingan lebih ramai = CPC lebih mahal. Fokus pada radius atau kawasan yang relevan sahaja.
  5. Gunakan Exact & Phrase Match — Kurangkan Broad Match
    Broad Match keyword tanpa negative keyword yang kukuh boleh tarik klik yang langsung tidak berkaitan dengan bisnes anda. Mulakan dengan Phrase Match atau Exact Match untuk kawalan yang lebih ketat, terutamanya apabila budget masih terhad.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa kos minimum untuk mula Google Ads di Malaysia?
Secara teknikal, Google Ads tiada had minimum. Namun untuk mendapatkan data yang bermakna dan peluang konversi yang nyata, budget minimum yang praktikal untuk SME di Malaysia adalah RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Budget RM500 boleh digunakan tetapi sangat terhad — anda mungkin hanya mendapat 5 hingga 15 klik sehari untuk keyword kompetitif, tidak mencukupi untuk membuat keputusan pengoptimuman yang baik.
Adakah Google Ads berbaloi untuk bisnes kecil di Malaysia?
Ya, Google Ads berbaloi untuk bisnes kecil jika diurus dengan betul. Kelebihan utama ialah anda hanya bayar apabila seseorang klik iklan anda, dan anda menyasarkan orang yang sedang aktif mencari perkhidmatan anda — bukan orang rawak. Kuncinya: landing page yang baik, keyword yang tepat, dan senarai negative keyword yang kukuh untuk mengelakkan klik tidak relevan.
Apa perbezaan antara kos iklan Google Ads dan management fee?
Kos iklan ialah jumlah yang anda bayar terus kepada Google untuk menayangkan iklan — wang ini masuk ke Google. Management fee ialah bayaran kepada pakar atau agensi yang mengurus akaun anda, termasuk penyelidikan keyword, penulisan ad copy, pengoptimuman berterusan, dan pelaporan. Kedua-dua kos ini berasingan dan perlu diambil kira dalam bajet pemasaran keseluruhan anda.
Kenapa CPC saya lebih mahal daripada pesaing?
CPC yang lebih mahal biasanya disebabkan oleh Quality Score yang rendah. Quality Score adalah skor 1–10 yang Google berikan berdasarkan relevansi iklan dengan keyword, jangkaan CTR, dan pengalaman landing page. Pesaing dengan Quality Score 8/10 boleh bayar lebih murah walaupun muncul lebih tinggi daripada anda. Penyelesaian: tingkatkan relevansi antara keyword, ad copy, dan landing page anda supaya kesemuanya saling sepadan.
Boleh saya urus Google Ads sendiri tanpa bantuan pakar?
Ya, anda boleh — terutamanya jika bersedia meluangkan masa belajar dan memantau kempen secara konsisten. Google menyediakan Google Skillshop untuk pembelajaran percuma. Walau bagaimanapun, kesilapan biasa dalam pengurusan sendiri — seperti keyword terlalu luas, tiada negative keyword, atau Quality Score yang rendah — boleh membazirkan budget anda. Jika bajet bulanan melebihi RM2,000, biasanya lebih berbaloi melantik pakar berpengalaman.
Berapa lama Google Ads ambil masa untuk tunjukkan hasil?
Google Ads boleh mula menghasilkan klik dan lead dalam masa 24–48 jam selepas kempen diaktifkan. Namun untuk prestasi yang dioptimumkan — dengan data cukup untuk membuat keputusan bidding dan keyword yang tepat — biasanya memerlukan 2–4 minggu pertama sebagai fasa pembelajaran. Hasil yang konsisten dan boleh dijangka dicapai selepas 60–90 hari pengurusan aktif.

Nak Tahu Budget yang Sesuai untuk Bisnes Anda?

Setiap bisnes berbeza. Hubungi saya untuk perbincangan percuma — kita semak sektor, keyword, dan buat anggaran budget Google Ads yang realistik untuk bisnes anda di Malaysia.

A

Azrain Alaman

Google Ads Specialist · Certified Google Partner · HRD Corp Certified Trainer

10+ tahun mengurus kempen Google Ads Search dan Display di Malaysia — healthcare, kecantikan, pendidikan, masjid, dan SME. CEO/CMO Biszverse Dot Com Empire. Ketahui lebih lanjut →