Home Google Ads 360° Tour Training About Articles Contact Free Download WhatsApp
Google Ads · Keyword Strategy

Negative Keywords Google Ads:
Panduan Lengkap untuk Pengiklan Malaysia

English Summary

Negative keywords are one of the most underused tools in Google Ads — especially in Malaysia, where I often see budgets being drained by job seekers, students, and people searching for "free" when the ad was meant for paying customers.

This guide covers the 3 match types (how they actually work, which trips people up), 3 levels of implementation, the 2025 PMax update, and a ready-to-use negative keyword list built for Malaysian campaigns. Full article in Bahasa Melayu below.

Negative keywords ialah senarai perkataan atau frasa yang memberitahu Google: "Kalau ada orang cari dengan perkataan ini, jangan tunjukkan iklan saya." Ia penapis yang memastikan bajet iklan anda hanya digunakan untuk carian yang relevan — bukan untuk pencari kerja, pelajar, atau mereka yang cari sesuatu percuma.

1. Apa Itu Negative Keywords — dan Kenapa Ia Penting

Satu perkara yang selalu nampak dalam akaun yang baru saya tengok: ribuan ringgit habis pada carian yang langsung tak ada kena mengena dengan perniagaan. Kempen klinik yang dapat klik dari orang cari "kerja jururawat". Kempen kursus yang dapat klik dari orang cari "nota percuma". Kempen produk kecantikan yang dapat klik dari orang cari "cara buat sendiri".

Kesemua ini boleh disekat dengan negative keywords.

Negative keywords memberitahu Google supaya tidak tunjukkan iklan anda apabila carian mengandungi perkataan yang anda senaraikan. Ia seperti pagar — anda tentukan siapa yang masuk ke kempen anda, bukan Google tentukan seorang diri.

Impak yang selalu diremehkan: Setiap klik tidak relevan membuang bajet dan menurunkan CTR. CTR yang rendah memberi isyarat kepada Google bahawa iklan anda kurang relevan — yang akhirnya menaikkan CPC dan menurunkan Quality Score. Negative keywords bukan sekadar jimat duit. Ia jaga kesihatan keseluruhan akaun.

2. 3 Jenis Match Type Negative Keywords — Mana yang Selalu Keliru

Negative keywords mempunyai 3 jenis match type, tapi cara kerjanya berbeza dari positive keywords. Ramai pengiklan keliru di sini. Berikut adalah breakdown yang jelas:

 3 Jenis Negative Keyword Match Type
Jenis
Cara Kerja
Contoh
Broad Match
Ad tak tayang jika semua perkataan dalam keyword negatif ada dalam carian — tidak kira urutan atau perkataan tambahan.
Negative: kursus percuma ✗ "kursus percuma online" — BLOCKED ✗ "percuma kursus digital" — BLOCKED ✓ "kursus digital marketing" — LULUS
Phrase Match
Ad tak tayang jika frasa exact dalam keyword negatif hadir dalam carian mengikut urutan yang sama.
Negative: "kerja part time" ✗ "kerja part time KL" — BLOCKED ✗ "cari kerja part time" — BLOCKED ✓ "part time kerja rumah" — LULUS
Exact Match
Paling restrictive. Ad tak tayang hanya jika carian betul-betul sama persis — tiada perkataan tambahan langsung.
Negative: [percuma] ✗ "percuma" — BLOCKED ✓ "download percuma" — LULUS ✓ "app percuma malaysia" — LULUS

Rekomendasi lalai: Guna Phrase Match sebagai default untuk kebanyakan negative keywords. Ia cukup luas untuk tangkap variasi carian, tapi tidak terlalu broad sampai sekat carian yang sepatutnya lulus. Exact Match hanya untuk situasi sangat spesifik di mana anda pasti hanya carian itu sahaja yang nak disekat.

3. 3 Level Negative Keywords — Mana Nak Letak?

Negative keywords boleh ditambah di 3 peringkat berbeza dalam akaun Google Ads anda. Memilih peringkat yang betul menentukan seberapa luas atau sempit sekatan yang dibuat.

Level Kempen

Had: 5,000 per list

Sekat untuk satu kempen sahaja. Sesuai untuk kata kunci yang tidak relevan bagi kempen ini tapi mungkin relevan untuk kempen lain. Contoh: sekat nama produk pesaing dalam kempen generic.

Level Ad Group

Paling spesifik

Sekat untuk satu ad group sahaja. Berguna apabila anda ada berbilang ad group dalam kempen yang sama dengan intent berbeza — pastikan klik pergi ke ad group yang betul.

* Sumber: Google Ads Help — About negative keywords & Account-level negative keywords (support.google.com, 2026)

Jangan overdo level akaun: Kalau letak terlalu banyak negative keywords di level akaun, anda boleh tersalah sekat carian yang sebenarnya relevan untuk kempen tertentu. Start dengan senarai universal yang memang 100% tidak relevan untuk semua kempen — kemudian tambah specific keywords di level kempen atau ad group.

4. Negative Keywords untuk Performance Max — Perubahan Besar 2025

Dulu, ramai pengiklan PMax mengeluh: had 100 negative keywords per kempen terlalu rendah untuk urus kempen dengan betul. Google akhirnya dengar.

Pada 11 Mac 2025, Google mengumumkan had negative keywords untuk Performance Max dinaikkan dari 100 → 10,000 per kempen. Ini selaras dengan had kempen Search biasa, dan merupakan perubahan besar dalam fleksibiliti pengurusan PMax.

Kemudian pada 7 Ogos 2025, Google melancarkan sepenuhnya shared negative keyword lists untuk PMax — bermakna anda boleh cipta satu senarai dan apply ke berbilang kempen PMax serentak. Ini penjimatan masa yang ketara untuk akaun yang ada banyak kempen.

Perkara Sebelum 2025 Selepas Mac 2025
Had negative keywords PMax 100 per kempen 10,000 per kempen
Shared keyword lists Tidak tersedia untuk PMax Tersedia (sejak Ogos 2025)
Brand exclusions Terhad Boleh exclude brand merentas Search, Shopping & YouTube inventory
Cara tambah Perlu hubungi Google rep untuk volume tinggi Boleh buat sendiri dalam antara muka Google Ads

Sumber: groas.ai — "Performance Max Negative Keywords 2025: Complete Guide to the 10,000 Keyword Limit" · Google Ads Help — "Negative keywords in Performance Max campaigns"

5. Broad Match + Smart Bidding: Kenapa Negative Keywords Jadi Lebih Kritikal pada 2026

Ini bahagian yang paling ramai pengiklan terlepas pandang, terutamanya yang baru mula guna Broad Match dengan Smart Bidding.

Apabila anda guna Broad Match, Google diberi autonomi untuk tunjukkan iklan anda kepada carian yang ia anggap relevan — walaupun carian itu berbeza jauh dari keyword asal anda. Smart Bidding pula akan bid berdasarkan probability conversion. Gabungan ini kuat — tapi boleh lari jauh tanpa negative keywords.

Menurut Search Engine Land (2026): "Dengan Broad Match, negative keywords bukan lagi kerja pembersihan. Ia infrastruktur yang mendefinisikan sempadan intent kempen anda."

Situasi Tanpa Negative Keywords Dengan Negative Keywords
Broad Match + Smart Bidding Google pilih carian secara luas — termasuk yang tidak relevan Google tetap eksplorasi luas tapi dalam sempadan yang anda tetapkan
Isyarat kepada algoritma Semua jenis trafik masuk — data conversion tercemar Data conversion lebih bersih — bidding lebih tepat
Impak jangka panjang Smart Bidding belajar dari data yang salah — kempen merosot Smart Bidding belajar dari data yang betul — kempen bertambah baik

Best practice 2026: Sebelum launch mana-mana kempen Broad Match, sediakan senarai negative keywords minimum 20–30 perkataan dahulu. Jangan tunggu kempen dah berjalan sebulan baru nak tambah — data yang buruk sudah pun masuk ke dalam sistem Smart Bidding.

6. Template Negative Keywords Malaysia — Senarai Siap Guna

Berdasarkan akaun aktif yang saya urus di Malaysia, ini senarai negative keywords mengikut kategori yang hampir semua kempen perlukan. Copy, adaptasi, dan tambah mengikut industri anda.

Percuma / Murah / Free

  • percuma
  • free
  • murah
  • free trial
  • cheapest
  • paling murah
  • no cost
  • tanpa bayaran
  • jimat
  • diskaun besar

Kerja / Kerjaya

  • kerja
  • jawatan
  • vacancy
  • hiring
  • career
  • internship
  • praktikal
  • part time
  • gaji
  • interview

Belajar / DIY / Tutorial

  • cara buat
  • tutorial
  • DIY
  • belajar sendiri
  • tips
  • contoh
  • template percuma
  • nota
  • panduan buat sendiri
  • step by step

Terlalu Umum / Out of Scope

  • apa itu
  • definisi
  • maksud
  • wikipedia
  • review
  • aduan
  • complaint
  • scam
  • penipuan
  • testimoni

Perhatian — sektor spesifik: Untuk kempen klinik, tambah negative keywords berkaitan simptom yang tidak anda rawat, nama ubat yang tidak anda jual, dan nama hospital besar (orang mungkin cari hospital spesifik, bukan klinik anda). Untuk kempen pendidikan, sekat nama sekolah/universiti lain dan nama kursus yang tidak anda tawarkan. Data ini dari akaun aktif — tiada URL sumber.

7. Cara Tambah Negative Keywords — Step-by-Step

1

Log masuk Google Ads → Pilih kempen

Pergi ke ads.google.com. Dari panel kiri, klik nama kempen yang ingin anda tambah negative keywords.

2

Navigasi ke Keywords → Negative Keywords

Dalam menu kiri, cari Keywords → klik tab Negative Keywords. Anda akan nampak senarai negative keywords semasa (jika ada).

3

Klik butang "+" untuk tambah

Pilih sama ada nak tambah ke kempen, ad group, atau senarai baru. Untuk level akaun, pergi ke Tools → Shared Library → Negative Keyword Lists → Account-level negative keywords.

4

Masukkan keywords — satu per baris

Taip atau paste keywords anda. Gunakan format yang betul: tiada tanda = Broad Match, "tanda petik" = Phrase Match, [kurungan kotak] = Exact Match. Lalai tanpa tanda ialah Broad Match.

5

Klik "Save" dan sahkan

Keywords aktif serta-merta. Semak Search Terms Report 7 hari selepas itu untuk confirm carian tidak relevan sudah berkurangan. Teruskan semak setiap 2 minggu.

Pro tip — guna Search Terms Report: Pergi ke Keywords → Search Terms untuk lihat apa yang orang betul-betul taip sebelum klik iklan anda. Ini sumber terbaik untuk cari negative keywords baharu yang perlu ditambah. Jangan skip langkah ini — ia lebih berharga dari mana-mana senarai generik.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu negative keywords dalam Google Ads?
Negative keywords ialah senarai perkataan atau frasa yang memberitahu Google supaya TIDAK tunjukkan iklan anda apabila seseorang mencari menggunakan perkataan tersebut. Ia berfungsi sebagai penapis — memastikan bajet iklan anda hanya digunakan untuk carian yang benar-benar relevan dengan perniagaan anda. Tanpa negative keywords, Google boleh tunjukkan iklan anda kepada pencari yang langsung tidak berminat, membuang bajet anda.
Apa perbezaan antara negative broad match, phrase match, dan exact match?
Negative Broad Match menyekat iklan jika semua perkataan dalam keyword negatif hadir dalam carian (tidak kira susunan). Negative Phrase Match menyekat apabila exact frasa negatif hadir dalam carian mengikut urutan yang sama. Negative Exact Match hanya menyekat apabila search query betul-betul sama persis — tiada perkataan tambahan. Lalai (default) yang disyorkan ialah Phrase Match untuk kawalan yang seimbang.
Boleh ke tambah negative keywords untuk Performance Max?
Ya, boleh. Google mengumumkan pada Mac 2025 bahawa had negative keywords untuk Performance Max dinaikkan dari 100 ke 10,000 keywords per kempen. Pada Ogos 2025, Google juga membenarkan shared negative keyword lists untuk PMax — bermakna anda boleh guna senarai yang sama merentas berbilang kempen. Ini perubahan besar yang memudahkan pengurusan kempen PMax.
Di mana nak letak negative keywords — akaun, kempen, atau ad group?
Bergantung pada skop yang dikehendaki. Level akaun (had 1,000 keywords) untuk menyekat carian yang tidak relevan merentas SEMUA kempen — sesuai untuk kategori universal seperti "percuma", "kerja", "tutorial". Level kempen untuk menyekat berdasarkan objektif kempen tertentu. Level ad group untuk kawalan paling spesifik — menyekat carian yang relevan untuk ad group lain tapi tidak untuk ad group ini.
Kenapa negative keywords lebih penting sekarang dengan Broad Match?
Apabila menggunakan Broad Match dengan Smart Bidding, Google mempunyai autonomi yang lebih luas untuk memilih siapa yang melihat iklan anda. Negative keywords menjadi 'sempadan' yang mendefinisikan had itu. Tanpa negative keywords yang kukuh, Broad Match boleh membawa trafik yang jauh dari niat asal kempen anda. Dalam 2026, negative keywords bukan lagi kerja pembersihan — ia infrastruktur kawalan kempen.
Berapa kerap perlu semak dan kemaskini negative keywords?
Minimum semak Search Terms Report setiap 2 minggu untuk kempen yang aktif. Tambah negative keywords baharu berdasarkan carian tidak relevan yang ditemui. Untuk kempen baru, semak setiap 3 hingga 5 hari dalam minggu pertama kerana data awal sangat kritikal. Negative keywords bukan satu-kali setup — ia proses berterusan yang membezakan kempen yang menguntungkan dengan yang membuang bajet.
Adakah negative keywords mempengaruhi Quality Score?
Secara tidak langsung, ya. Negative keywords menyingkirkan carian yang tidak relevan, yang meningkatkan CTR (Click-Through Rate) kerana iklan anda lebih kerap ditunjukkan kepada orang yang benar-benar berminat. CTR yang lebih tinggi memberi isyarat positif kepada Google tentang relevansi iklan anda, yang akhirnya meningkatkan Quality Score dan boleh menurunkan CPC anda.
Macam mana nak elak iklan Google Ads dari tayang untuk carian yang tak berkaitan?
Cara paling berkesan ialah guna negative keywords. Pergi ke Google Ads, klik Keywords, pilih tab Negative Keywords, kemudian tambah perkataan yang tak nak trigger iklan anda — contohnya "percuma", "kerja", atau "tutorial". Gunakan Phrase Match sebagai lalai supaya variasi carian yang mengandungi perkataan tersebut turut disekat. Semak Search Terms Report setiap dua minggu untuk jumpa carian baru yang perlu disekat.
Berapa banyak negative keywords yang boleh saya letak dalam satu kempen Google Ads?
Untuk kempen Search biasa, had negative keyword list ialah 5,000 keywords per senarai. Untuk Performance Max, Google naikkan hadnya dari 100 kepada 10,000 per kempen bermula Mac 2025. Untuk level akaun pula, had ialah 1,000 keywords yang apply merentas semua kempen serentak. Dalam praktis, kebanyakan kempen Malaysia cukup dengan 30 hingga 100 negative keywords yang disusun mengikut kategori.

Nak Kempen Google Ads yang Lebih Cekap?

Negative keywords adalah permulaan. Hubungi saya untuk audit penuh kempen anda — dari keyword strategy, ad copy, hingga conversion tracking.

A

Azrain Alaman

Google Partner · HRD Corp Certified Trainer · eUsahawan Subject Matter Expert

Pengamal aktif Google Ads sejak 2014 dengan klien aktif merentas sektor healthcare, pelaburan, pendidikan, dan NGO di Malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman langsung mengurus akaun dan data dari Search Terms Report akaun sebenar — bukan teori semata-mata.

Artikel Berkaitan

Sumber & Rujukan

  1. Google Ads Help — About negative keywords (support.google.com, 2026)
  2. Google Ads Help — Account-level negative keywords (support.google.com, 2026)
  3. Google Ads Help — About negative keyword lists (support.google.com, 2026)
  4. Google Ads Help — Negative keywords in Performance Max campaigns (support.google.com, 2026)
  5. groas.ai — Performance Max Negative Keywords 2025: Complete Guide to the 10,000 Keyword Limit
  6. groas.ai — Google Ads Negative Keyword List Limit: What Changed in 2025
  7. Search Engine Land — The real strategy behind negative keywords in 2026
  8. Karooya — Negative Keywords in Google Ads (2026): Are You Using Them to Filter Traffic or Control It?
  9. Optmyzr — Negative Keywords in Google Ads: How to Reduce Wasted Spend
  10. Data akaun aktif — Search Terms Report dari kempen Malaysia sebenar (Dari akaun aktif — tiada URL)