Azrain Alaman
WhatsApp Azrain
Google Ads · Panduan Pemula

Cara Buat Google Ads
dari Scratch: Panduan Pemula 2026

Step-by-Step Guide: From Zero to First Campaign Live

English Summary

New to Google Ads? This guide walks you through the complete setup — from opening your account at ads.google.com, switching to Expert Mode, creating your first Search campaign, picking keywords, writing your first Responsive Search Ad, setting a realistic budget, and installing conversion tracking. Minimum practical budget for Malaysia: RM1,000/month (~RM33/day). The most common mistake beginners make: skipping conversion tracking. Without it, you're flying blind on what's actually working.

Selalu ada sorang dua yang tanya: "Macam mana nak start Google Ads? Dari mana nak mula?" Selepas lebih 10 tahun urus kempen untuk klinik, SME, dan bisnes korporat di Malaysia — ini panduan yang saya harap ada masa mula-mula dulu. Tak ada jargon yang tak perlu. Terus ke langkah-langkah yang betul-betul kena ikut.

8 Langkah: Dari Zero ke Kempen Pertama Live
01
Sedia keperluan asas
02
Buka akaun Google Ads
03
Switch Expert Mode
04
Buat kempen Search
05
Ad Group & Keywords
06
Tulis iklan RSA
07
Budget & Bidding
08
Conversion Tracking
Ikut urutan ini — jangan skip mana-mana langkah, terutama langkah 8.

1. Sebelum Mula: Senarai Semak Persiapan

Sebelum buka akaun Google Ads, pastikan anda dah sedia dengan 5 perkara asas: akaun Gmail aktif, website atau landing page yang berfungsi, kad kredit atau debit untuk billing, bajet minimum RM1,000 sebulan, dan gambaran jelas siapa pelanggan sasaran anda. Tanpa mana-mana satu pun, kempen pertama anda berisiko bermula dari tempat yang salah.

2. Cara Buka Akaun Google Ads

Buka akaun Google Ads bermula di ads.google.com — daftar menggunakan Gmail anda, masuk nama bisnes dan URL website, pilih billing country Malaysia, currency MYR, dan timezone GMT+8. Proses ini mengambil masa lebih kurang 10 minit. Yang paling penting: timezone dan currency tidak boleh ditukar selepas setup — semak betul-betul sebelum simpan.

1
Pergi ke ads.google.com

Klik "Start Now" dan sign in dengan Gmail anda. Kalau ada beberapa Gmail, pilih yang anda nak guna sebagai akaun Google Ads utama.

2
Masuk nama bisnes dan URL website

Google akan minta nama bisnes dan URL. Ini untuk rekod dalam akaun — masuk nama bisnes sebenar, bukan nama produk atau kempen.

3
Skip Smart Campaign yang Google suggest

Google akan cuba tunjukkan wizard Smart Campaign. Scroll ke bawah dan cari link "Switch to Expert Mode" atau "Create an account without a campaign". Jangan ikut Smart Campaign wizard ini — kita akan setup dengan betul dalam Expert Mode.

4
Setup billing — pilih Malaysia, MYR, GMT+8

Dalam bahagian billing, set tiga perkara ini:

  • Billing country → Malaysia
  • Currency → MYR (Malaysian Ringgit)
  • Time zone → (GMT+8:00) Kuala Lumpur

Semak tiga perkara ini dua kali sebelum tekan simpan. Ia tidak boleh ditukar selepas ini.

5
Tambah payment method

Masuk maklumat kad kredit/debit atau pilih FPX (bank Malaysia). Google akan tolak caj iklan secara automatik dari payment method ini apabila budget harian anda habis atau reach threshold tertentu.

⚠️ Kritikal — Baca Sebelum Tekan Simpan

Timezone dan currency adalah tetapan kekal. Sebaik anda simpan billing setup, ia tidak boleh ditukar langsung — sampai bila-bila. Kalau silap pilih timezone atau currency, satu-satunya cara betulkan adalah buka akaun Google Ads baru dari scratch. Ini kesilapan yang ramai orang buat dan menyesal kemudian.

3. Switch ke Expert Mode — Wajib Buat Ini

Google Ads ada dua mod: Smart Mode (automatik, terhad) dan Expert Mode (kawalan penuh). Untuk orang yang nak urus kempen dengan serius, Expert Mode adalah wajib — ia bagi anda akses ke semua jenis kempen, bidding strategy penuh, keyword level reporting, dan negative keywords yang Smart Mode sorokkan daripada anda.

CiriSmart ModeExpert Mode
Jenis kempenSmart Campaign sahajaSearch, Display, YouTube, PMax, semua
Keyword controlTerhad — Google pilih sendiriPenuh — anda pilih, negative keywords
Bidding strategyAutomatik sahajaManual, Maximize Clicks, Target CPA, ROAS
Laporan keywordTidak adaPenuh — Search Terms, Quality Score
Sesuai untukBisnes yang nak iklan cepat tanpa pusing kepalaSesiapa yang nak hasil dan kawalan sebenar

Cara Switch ke Expert Mode

Kalau akaun anda dah dalam Smart Mode: klik ikon gear / Settings di bahagian atas kanan papan pemuka Google Ads anda, kemudian cari dan klik "Switch to Expert Mode". Interface anda akan bertukar serta-merta — tab baru seperti Campaigns, Ad Groups, Keywords, dan Reports akan muncul.

✓ Tip

Switching ke Expert Mode tidak akan padam Smart Campaign yang dah ada (kalau ada). Ia cuma buka akses ke feature tambahan. Boleh switch balik ke Smart Mode, tapi tak ada sebab nak buat tu kalau anda serius.

Kempen Search adalah titik mula terbaik untuk pemula — iklan teks yang muncul apabila orang cari keyword anda di Google. Pilih objektif kempen (Leads atau Website Traffic untuk permulaan), pilih jenis kempen Search, dan yang paling penting: nyahtanda "Display Network" supaya bajet anda fokus di Google Search sahaja, bukan tersebar ke website lain secara automatik.

1
Pilih objektif kempen

Klik "+ New Campaign". Pilih objektif yang paling dekat dengan tujuan anda: Leads (nak orang telefon atau hantar borang) atau Website Traffic (nak orang lawat website). Untuk pemula dengan bajet terhad, Leads adalah pilihan lebih jelas.

2
Pilih jenis kempen: Search

Google akan tunjukkan beberapa jenis kempen. Pilih Search. Ini kempen teks yang muncul dalam hasil carian Google — paling langsung dan paling mudah diukur untuk pemula.

3
Nyahtanda "Display Network"

Dalam tetapan kempen, Google akan pre-tick "Search Network" dan "Display Network" sekali gus. Nyahtanda Display Network. Bila display aktif untuk kempen Search, bajet anda akan tersebar ke website lain yang tak relevan — tanpa anda perasan. Ini kesilapan biasa yang membuang bajet pemula.

4
Set lokasi dan bahasa

Lokasi: pilih Malaysia, atau lebih spesifik — negeri atau bandar sasaran anda. Bahasa: pilih Malay dan English sekali gus. Ramai pengguna Malaysia cari dalam BM, ramai lagi dalam English — aktifkan dua-dua dari awal.

5. Set Up Ad Group dan Pilih Keywords

Ad Group adalah kumpulan keywords dan iklan yang berkait rapat dalam satu tema. Cara terbaik: satu tema = satu Ad Group. Guna Google Keyword Planner (dalam tab Tools dalam akaun anda) untuk cari keywords, mulai dengan Phrase Match untuk kawalan yang seimbang, dan pasang senarai negative keywords dari hari pertama supaya bajet tidak terbuang pada carian yang tidak relevan.

Cara Struktur Ad Group

Contoh bisnes klinik di Sungai Petani:

Ad GroupKeywords Dalam Group Ini
Doktor Umum"klinik sungai petani", "doktor berdekatan", "klinik dekat saya"
Vaksin & Imunisasi"suntikan vaksin", "imunisasi kanak-kanak", "HPV vaccination"
Pemeriksaan Kesihatan"health screening", "medical check up sungai petani"

Jangan campurkan semua keywords dalam satu Ad Group — relevancy iklan anda akan jatuh dan Quality Score pun akan rendah.

Match Types: Mana Nak Pilih?

Match TypeCara KerjaSesuai Untuk
Exact MatchIklan muncul bila carian tepat sama (atau sangat hampir) dengan keyword andaKeywords yang dah terbukti convert — kawalan maksimum
Phrase MatchIklan muncul bila carian mengandungi makna keyword anda (ikut urutan)Titik mula terbaik untuk kebanyakan kempen baru
Broad MatchIklan muncul untuk carian yang berkaitan — Google tentukan sendiriHanya dengan Smart Bidding aktif dan negative keywords kukuh

Untuk kempen pertama: guna Phrase Match untuk semua keywords. Bagi kawalan yang sepatutnya tanpa terlalu ketat.

Negative Keywords — Pasang dari Hari Pertama

Negative keywords menghalang iklan anda dari muncul pada carian yang tidak relevan. Ini yang paling ramai pemula skip — dan paling mahal harganya.

Contoh negative keywords standard untuk hampir semua bisnes:

6. Cara Tulis Iklan Google Ads (RSA)

Iklan Google Search pada 2026 menggunakan format Responsive Search Ads (RSA) — anda boleh masuk sehingga 15 headlines dan 4 descriptions, dan Google akan uji kombinasi yang terbaik secara automatik. Kualiti input lebih penting dari kuantiti — pastikan keyword utama ada dalam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 headlines, dan setiap description ada CTA yang jelas.

Struktur RSA

BahagianHadApa Nak Tulis
HeadlineSehingga 15 (min 3), 30 karakter setiap satuKeyword utama, manfaat, CTA, lokasi, USP
DescriptionSehingga 4 (min 2), 90 karakter setiap satuElaborate manfaat, buktikan tuntutan, CTA lengkap
Display URL2 path fields, 15 karakter setiap satuKeyword atau perkhidmatan — contoh: /klinik-sp /buatjanji

Contoh Headlines yang Seimbang (untuk klinik)

✓ Target Asset Strength

Google akan tunjukkan "Ad Strength" untuk RSA anda — Poor, Average, Good, atau Excellent. Aim for Good atau Excellent. Kunci: pastikan headlines anda berbeza-beza (jangan semua headline lebih kurang sama maksudnya) dan keyword utama ada dalam sekurang-kurangnya 2 headline.

7. Set Budget dan Bid Strategy Yang Sesuai

Budget harian dalam Google Ads adalah berapa yang anda sanggup belanja setiap hari — bukan sebulan. Untuk pemula, mulai dengan Maximize Clicks (dengan Max CPC cap) supaya Google tidak boros bajet anda pada klik mahal tanpa had. Bila dah ada data 30 hari dan sekurang-kurangnya 30 konversi, baru beralih ke Maximize Conversions.

Kira Budget Harian Anda

Budget BulananBudget HarianNota
RM1,000/bulanRM33/hariMinimum praktikal untuk kebanyakan sektor Malaysia
RM2,000/bulanRM67/hariLebih baik untuk sektor kompetitif (klinik, hartanah)
RM3,000/bulanRM100/hariData terkumpul lebih cepat, optimise lebih awal

Budget adalah ad spend sahaja — tidak termasuk management fee kalau anda melantik pakar. *(Angka industri — verify dalam Keyword Planner untuk sektor anda)*

Bid Strategy: Ikut Urutan Ini

1
Maximize Clicks + Max CPC Cap (Bulan 1–2)

Bagi Google optimise untuk klik, tapi set had CPC maksimum supaya dia tak beli klik mahal tanpa had. Contoh: Max CPC RM3 — Google tak akan bayar lebih dari RM3 per klik.

2
Maximize Conversions (Selepas 30+ konversi)

Bila dah ada data konversi yang cukup — sekurang-kurangnya 30 konversi dalam 30 hari — tukar ke Maximize Conversions. Google akan mula belajar siapa yang lebih cenderung convert.

3
Target CPA (Selepas 30–50 konversi/minggu stabil)

Fasa matang. Set berapa anda sanggup bayar per lead atau per konversi. Google akan optimise ke arah itu. Jangan pergi ke sini terlalu awal — sistem perlukan data yang cukup dulu.

Anggaran Budget Harian Google Ads Malaysia — Mengikut Sektor
*ESTIMATE — semak nilai sebenar dalam Google Keyword Planner untuk sektor anda
Healthcare / Klinik
Sangat Kompetitif
RM100–200/hari
Hartanah / Insurans
Tinggi
RM80–180/hari
Pendidikan / Latihan
Sederhana–Tinggi
RM67–133/hari
Automotif / Bengkel
Sederhana
RM50–100/hari
SME / F&B / Runcit
Rendah–Sederhana
RM33–80/hari
Masjid / NGO
Rendah
RM17–50/hari
Mahal / Kompetitif Lebih Mampu Milik Sumber: ESTIMATE — Azrain Alaman (akaun aktif Malaysia)

8. Pasang Conversion Tracking — Jangan Skip

Conversion tracking adalah sistem yang merekod tindakan berharga selepas seseorang klik iklan anda — telefon, hantar borang, atau lawat halaman terima kasih. Tanpa conversion tracking, anda hanya nampak berapa klik, bukan berapa yang jadi pelanggan sebenar. Google pun tak boleh optimise kempen anda dengan betul tanpa data ini. Ini langkah yang paling ramai pemula skip — dan paling mahal harganya dalam jangka panjang.

3 Jenis Conversion Action Yang Biasa Digunakan

Conversion ActionBila DikiraCara Setup
Phone CallOrang klik nombor telefon dalam iklan atau websiteGoogle Ads → Goals → Conversions → Phone Calls
Form SubmissionOrang hantar borang dan sampai halaman terima kasihTag halaman "thank you" sebagai conversion
Page VisitOrang lawat halaman tertentu (contoh: /hubungi-kami)Tag URL destination page sebagai conversion

Cara Pasang — Cara Paling Mudah

  1. Dalam Google Ads: pergi ke Goals → Conversions → New Conversion Action
  2. Pilih jenis: Website, Phone Calls, atau Import dari GA4
  3. Google akan bagi conversion tag (sepotong kod JavaScript)
  4. Pasang tag ini dalam website anda — cara paling mudah: guna Google Tag Manager (GTM)
  5. Test menggunakan Google Tag Assistant untuk pastikan tag tembak dengan betul
⚠️ Penting

Pasang conversion tracking sebelum kempen dilancarkan, bukan selepas. Kalau anda launch kempen dulu tanpa tracking, data untuk minggu pertama hilang — dan itu masa yang paling berharga untuk algorithm Google belajar.

Sebelum Tekan "Enable Campaign" — Semak Ini

Kempen pertama anda hampir siap. Sebelum tekan butang "Enable", semak senarai ini sekali lagi supaya tiada yang tertinggal dari awal:

Free Download — Percuma

2 Tools Percuma Untuk Bantu Anda Mula

Muat turun percuma — tiada bayaran, hanya tinggalkan email anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Setup akaun Google Ads asas boleh siap dalam masa 30 hingga 60 minit — buka akaun, billing, dan kempen pertama. Namun untuk setup yang betul-betul kemas — keyword research, negative keywords, ad copy yang baik, dan conversion tracking — ambil kira 2 hingga 4 jam untuk kempen pertama. Jangan tergesa-gesa bahagian keyword dan conversion tracking. Dua bahagian inilah yang paling kritikal untuk jangka panjang.
Secara teknikal boleh — Google Ads ada pilihan untuk hantar traffic ke Google Business Profile anda. Tapi untuk kempen Search yang serius, website atau landing page adalah wajib. Tanpa landing page yang baik, Quality Score anda akan rendah, CPC akan mahal, dan conversion rate akan teruk walaupun klik banyak. Minimum, sediakan satu halaman yang fokus dengan maklumat bisnes dan butang hubungi anda.
Smart Mode adalah mod pemudah — Google automasikan kebanyakan keputusan termasuk bidding, targeting, dan placement. Ia sesuai untuk bisnes yang nak iklan cepat tanpa banyak setting. Expert Mode pula bagi anda kawalan penuh — semua jenis kempen (Search, Display, YouTube, PMax), bidding strategy pilihan sendiri, laporan keyword penuh, dan negative keywords. Untuk pengurusan kempen yang serius, Expert Mode adalah mesti.
Google tiada had minimum secara teknikal, tapi budget minimum yang praktikal untuk Malaysia adalah RM1,000 sebulan (kira-kira RM33 sehari). Budget di bawah ini mungkin terlalu terhad untuk compete dalam kebanyakan sektor — anda mungkin dapat kurang dari 10 klik sehari pada keyword kompetitif, yang tidak cukup untuk dapat data bermakna dalam tempoh 30 hingga 60 hari pertama.
Conversion tracking adalah sistem yang merekod tindakan berharga selepas seseorang klik iklan anda — seperti telefon, hantar borang, atau lawat halaman terima kasih. Tanpa conversion tracking, anda hanya nampak berapa klik, bukan berapa yang jadi pelanggan sebenar. Google pun tidak boleh optimise kempen anda dengan betul tanpa data konversi. Ini yang paling ramai pemula skip — dan paling mahal harganya.
Klik dan traffic boleh mula dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kempen diaktifkan dan lulus semakan Google. Untuk hasil yang stabil dan boleh dioptimumkan — dengan data konversi yang cukup — biasanya perlu 30 hingga 60 hari pertama sebagai fasa pembelajaran. Jangan buat keputusan besar dalam minggu pertama. Bagi sistem masa untuk kumpul data dulu.
Quality Score adalah skor 1 hingga 10 yang Google berikan berdasarkan tiga faktor: jangkaan CTR iklan anda, relevansi iklan dengan keyword, dan pengalaman landing page. Pemula yang ada Quality Score 8 hingga 10 boleh bayar sehingga 50% lebih murah per klik berbanding pesaing dengan Quality Score 4 hingga 6 untuk keyword yang sama. Ia bermula dari kualiti keyword, ad copy, dan landing page yang selaras antara satu sama lain.
Tidak — timezone dan currency adalah tetapan kekal dalam Google Ads. Sebaik anda simpan semasa setup awal, ia tidak boleh ditukar. Kesilapan pilih timezone atau currency bermakna semua laporan dan billing anda akan tersalah sepanjang hayat akaun itu. Cara satu-satunya untuk betulkan adalah buka akaun baru dari scratch. Semak betul-betul sebelum tekan simpan.

Nak Bantuan Setup Google Ads Anda?

Kalau prefer ada orang yang setup dan urus untuk anda — dari keyword research, ad copy, hingga conversion tracking — saya boleh bantu. Google Partner dengan pengalaman 10+ tahun urus kempen untuk SME, klinik, dan bisnes korporat di Malaysia.

Azrain Alaman

Azrain Alaman

Google Partner · HRD Corp Certified Trainer · eUsahawan Subject Matter Expert

Lebih 10 tahun urus kempen Google Ads untuk sektor healthcare, kewangan Islam, dan SME di Malaysia. CEO/CMO Biszverse Dot Com Empire. Pakar Google Ads yang lebih percaya pada data dari andaian.

Sumber & Rujukan

  • Google Ads Help — Account Creation & Billing Setup: support.google.com
  • Google Ads Help — Payment Methods Malaysia (FPX): support.google.com
  • Google Ads Help — Smart Mode vs Expert Mode: support.google.com
  • Google Ads Malaysia Minimum Budget — Specflux / Newnormz / Fixgure (2026): industri konsensus RM1,000–RM3,000/bulan
  • RSA (Responsive Search Ads) specs 2026 — WordStream, AdsGo: 15 headlines + 4 descriptions
  • Quality Score impact on CPC (QS 8–10 vs QS 4–6 ~50% difference) — WordStream 2026
  • Bid strategy progression (Maximize Clicks → Maximize Conversions → Target CPA) — Modern Marketing Institute, AdventurePPC 2026
  • Akaun aktif Azrain Alaman — data kempen Malaysia sektor healthcare, SME, kewangan Islam